Yayasan Insaf salur sumbangan RM1 juta

Hamidah (kanan) mengiringi Anwar menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim terpilih ketika Majlis Berbuka Puasa di Masjid Ittihadiah, Manjoi di sini pada Isnin.
Hamidah (kanan) mengiringi Anwar menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim terpilih ketika Majlis Berbuka Puasa di Masjid Ittihadiah, Manjoi di sini pada Isnin.
A
A
A

IPOH - Yayasan Insaf menyediakan peruntukan RM1 juta sempena Ramadan dan Syawal kepada golongan kurang berkemampuan di Perak.

Penasihatnya, Datuk Hamidah Osman berkata, pengagihan sumbangan itu akan dibuat secara berperingkat mengikut program yang disusun nanti.

Jelas beliau, pemberian sumbangan tersebut berupa keperluan harian serta wang tunai kepada penerima terpilih.

"Kita berharap pemberian sumbangan ini dapatlah meringankan beban golongan yang memerlukan bagi menyambut hari raya di sebalik kos sara hidup yang kian meningkat ketika ini.

"Beberapa program kemasyarakatan akan diatur pihak yayasan untuk menyampaikan sumbangan ini kepada golongan sasar," katanya dalam satu kenyataan sempena Majlis Berbuka Puasa di Masjid Ittihadiah, Manjoi di sini pada Isnin.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sementara itu, pada majlis berkenaan turut disampaikan sumbangan kepada 200 orang anak yatim terpilih.