Empat wanita cedera bas kilang terbabas dalam parit

Bas kilang yang sedang dalam perjalanan menghantar pulang seramai 30 pekerja terbabas ke dalam parit di Jalan Bachang berhadapan Taman Widuri di sini, malam tadi.
Bas kilang yang sedang dalam perjalanan menghantar pulang seramai 30 pekerja terbabas ke dalam parit di Jalan Bachang berhadapan Taman Widuri di sini, malam tadi.
A
A
A

MELAKA - Empat pekerja kilang wanita warga Indonesia cedera selepas bas yang membawa mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Bachang berhadapan Taman Widuri di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, bas kilang berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan menghantar pulang seramai 30 pekerja.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9 malam.

Beliau berkata, sebelum kejadian, bas itu dalam perjalanan dari arah kilang di Batu Berendam, menghala ke Lorong Pandan untuk menghantar penumpang.

Empat pekerja wanita warga Indonesia yang cedera dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.
Empat pekerja wanita warga Indonesia yang cedera dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.

“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian bas berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

“Bas terbabit kemudian terjatuh ke dalam parit mengakibatkan empat penumpang tercedera,” katanya ketika dihubungi.

Afzanizar berkata, tiga mangsa dirawat di Zon Hijau Hospital Melaka, manakala seorang lagi dirawat di Zon Kuning hospital sama.

Artikel Berkaitan:

“Kesemua mereka hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu bas terbabit, seorang warga tempatan berusia 70 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan lanjut mengenai kejadian sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!