MR D.I.Y hasilkan filem web raya terbaharu

Ara (kiri) dan Wanie (kanan) merupakan pelakon utama dalam filem web yang dihasilkan oleh MR D.I.Y.
Ara (kiri) dan Wanie (kanan) merupakan pelakon utama dalam filem web yang dihasilkan oleh MR D.I.Y.
A
A
A

KUMPULAN MR D.I.Y. (M) Berhad, (MR D.I.Y.) menghasilkan filem web bertemakan Aidilfitri berjudul Raya Serba Baharu-Barulah Raya menyampaikan pengajaran yang bermakna mengenai nilai memberi dan membantu pada musim perayaan.

MR D.I.Y dalam satu kenyataan berkata, filem web berdurasi empat minit itu memaparkan dua wanita muda, Ara dan Wanie, yang merupakan sahabat dari zaman kanak-kanak.

“Wanie terkenal dalam kalangan rakan-rakan di sekolah sehinggalah Ara berpindah ke sekolah tersebut dan mengambil alih populariti Wanie. Mereka bersaing dalam segala hal antaranya pertandingan menyanyi, menari dan pertandingan bakat, hinggalah pelajaran, pakaian, hobi, sukan, dan media sosial. Perkara ini berterusan sehingga mereka dewasa.

“Seorang rakan sekolah mereka, Ema yang menyedari ada konflik yang tidak selesai antara Ara dan Wanie telah mengambil inisiatif sendiri. Dia mencabar kedua-duanya untuk bertanding menghias rumah-rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) sempena Hari Raya Aidilfitri. Hiasan rumah yang mendapat ‘like’ paling banyak di media sosial akan memenangi pertandingan tersebut,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Ara dan Wanie menerima cabaran tersebut dan memberi sentuhan dekorasi baharu pada rumah-rumah tersebut sambil membuat pelbagai hantaran di media sosial untuk memberi makluman terkini kepada para pengikut mereka.

“Pada hari penjurian, Ara dan Wanie akhirnya menyedari bahawa rumah-rumah yang mereka hiasi adalah milik seorang ibu tunggal yang mempunyai tujuh anak dan sebuah keluarga yang kurang upaya, dan pertandingan itu sebenarnya adalah untuk tujuan amal.

“Mereka akhirnya berdamai dan filem tersebut berakhir dengan tarian antara Ara dan Wanie serta penduduk-penduduk di PPR tersebut,” menurut kenyataan itu.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, filem web itu adalah sebagai peringatan bahawa hari raya bukan sahaja mengenai diri kita dan orang tersayang, malah ia juga mengenai membantu mereka yang kurang bernasib baik.

“Kadang-kadang kita terlalu sibuk dalam melakukan sesuatu perkara sehingga kita lupa untuk mengambil berat, berkongsi dan membantu antara satu sama lain. Dan filem web "Raya Serba Baharu-Barulah Raya'' menghidupkan mesej ini,” katanya.

Buat julung kalinya, peruncit juga telah menghasilkan lagu khas "Raya Serba Baharu" untuk menghiburkan rakyat Malaysia pada Hari Raya Aidilfitri kali ini.

"Kami berkolaborasi bersama dengan dua selebriti terkenal, Wani Kayrie dan Ara Johari dalam filem web ini, dan kami amat berbesar hati kerana mereka turut menyertai kami dalam sebuah program impak komuniti untuk komuniti di PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur," katanya.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem web Hari Raya Aidilfitri yang menyentuh hati ini di platform rasmi MR D.I.Y. di Youtube, Facebook, Instagram, dan TikTok. Tonton versi penuh di https://youtu.be/b3XCqiF0slw.