Penyokong TRW gantung sepanduk 'marah' prestasi pasukan

Penyokong Kelantan bertindak menggantung sepanduk sebagai tanda marah kepada pemilik pasukan, Norizam Tukiman selepas The Red Warriors (TRW) mempamerkan aksi buruk dalam saingan Liga Super setakat ini.

A
A
A

PENYOKONG Kelantan bertindak menggantung sepanduk sebagai tanda marah kepada pemilik pasukan, Norizam Tukiman selepas The Red Warriors (TRW) mempamerkan aksi buruk dalam saingan Liga Super setakat ini.

Pada masa sama, penyokong turut menampal poster di sekitar pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini bagi menzahirkan rasa marah dengan prestasi semasa pasukan.

Selepas mengharungi lapan perlawanan Kelantan FC hanya meraih satu kemenangan, satu seri dan lima kekalahan dengan mengumpul empat mata.

Penyokong Kelantan bertindak menggantung sepanduk sebagai tanda marah selepas TRW mempamerkan aksi buruk dalam saingan Liga Super setakat ini.
Penyokong Kelantan bertindak menggantung sepanduk sebagai tanda marah selepas TRW mempamerkan aksi buruk dalam saingan Liga Super setakat ini.

Bukan itu sahaja Kelantan FC merekodkan jumlah bolos agak tinggi dalam saingan Liga Super dengan 25 jaringan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Kelantan FC merehatkan Choi Moon-sik susulan aksi kurang memuaskan yang dipersembahan oleh Kelantan FC sepanjang berada di bawah kendalian Moon-Sik.

Ejen kepada jurulatih itu Myeongho Jeong bertindak mendedahkan krisis dalaman melibatkan Kelantan FC di laman Instagramnya.