Dua lelaki maut kereta terbabas

Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan.
Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan.
A
A
A

BATU PAHAT – [DIKEMAS KINI] Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dalam kejadian di Kilometer (KM) 11, Jalan Kluang Batu Pahat, pada awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 12.50 pagi apabila kereta jenis Honda Civicitu hilang kawalan hingga terbabas ke kiri jalan dan melanggar empat kereta lain yang diletakkan di hadapan sebuah pusat servis kenderaan.

Menurutnya, dua daripada lelaki berkenaan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail.

“Siasatan awal mendapati kereta dinaiki mereka dalam perjalanan dari arah bandar Batu Pahat ke arah Sri Gading telah hilang kawalan ketika melalui kawasan berkenaan.

“Akibat kejadian tersebut, pemandu kereta berusia 22 tahun serta penumpang belakang kereta berkenaan berusia 19 tahun cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Seorang lagi penumpang tempat duduk hadapan yang berusia 19 tahun cedera parah,” katanya pada Ahad.

Katanya, kes disiasat di bawah Sekysen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ), 1987.