Liverpool dapat tonik mujarab

Jurgen Klopp
Jurgen Klopp
A
A
A

KEJAYAAN Liverpool mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika berdepan Chelsea di Stadium Stamford Bridge meletakkan kembali The Reds di landasan sebenar saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Malah tanpa berselindung pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan keputusan di London adalah tonik selepas diaibkan 1-4 Manchester City minggu lalu.

Jelas bekas pengendali kelab Bundesliga Jerman itu, keputusan positif di laman The Blues tersebut juga motivasi terbaik menjelang kunjungan pendahulu liga, Arsenal ke Anfield pada Ahad ini.

“Setiap kejayaan bermula dengan kesukaran pasukan lawan untuk menewaskan kami.

“Keputusan di Stadium Stamford Bridge adalah sesuatu yang perlu bagi membuktikan pasukan ini sukar untuk ditewaskan lagi,” kata Klopp.

Pada perlawanan berintensiti tinggi itu anak buah Klopp lebih banyak terselamat daripada serangan awal Chelsea.

“Sekiranya kami sukar untuk ditewaskan menentang Arsenal, kami boleh memenangi perlawanan ini.

“Jika tidak, Arsenal akan mengatasi kami,” katanya.

Pada perlawanan itu Klopp melakukan enam pertukaran daripada kesebelasan utama yang tewas kepada skuad kendalian Pep Guardiola, termasuk tiga pemain pertahanan mewakili cabaran sebenar The Reds.

Selepas memastikan Chelsea berulang kali kehilangan penguasaan bola pada awal permainan, dia memuji kejayaan pasukannya dalam menyelesaikan menyelesaikan masalah bahagian tersebut.

“Bukan yang paling hebat,” katanya merujuk kepada gaya permainan anak buahnya.

Keputusan seri itu menyaksikan Liverpool berada di tangga kelapan liga, tujuh mata di belakang Tottenham Hotspur keempat slot kelayakan Liga Juara-Juara.