MyTOWNKL lancar ‘Raya Meriah Max’

Mohd Azhan (tengah) bergambar pada pelancaran Raya Meriah Max yang diadakan di pusat membeli belah MyTOWN pada Selasa. - FOTO SINARHARIAN/ROSLITALIB
Mohd Azhan (tengah) bergambar pada pelancaran Raya Meriah Max yang diadakan di pusat membeli belah MyTOWN pada Selasa. - FOTO SINARHARIAN/ROSLITALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat beli-belah MyTOWNKL melancarkan ‘Raya Meriah Max’ bagi memberi peluang pengunjung merasai pengalaman berhari-raya di desa.

Pengurus Besar MyTOWNKL, Mohd Azhan Che Mat berkata, tema hiasan dan dekorasi dalaman pusat beli-belah diinspirasikan daripada rumah kampung tradisional Melayu yang menggambarkan musim perayaan.

Menurutnya, objektif MyTOWNKL adalah mahu pengunjung merasai kembali ke masa silam sambil membeli-belah.

“Lengkap dengan kawasan persembahan tradisional atau ‘panggung’, hiasan menampilkan hasil seni panel kayu tradisional digabungkan dengan elemen moden warna cerah dan kontemporari dilengkapi dengan kemasan fabrik batik tergantung di seluruh Central Town.

"Tahun ini juga adalah tahun yang amat baik apabila pertumbuhan jualan tahun ke tahun meningkat sehingga 175 peratus,” katanya pada pelancaran ‘Raya Meriah Max’ pada Selasa.

Mohd Azhan (kiri) menyerahkan kad raya kepada posmen sebagai simbolik pelancaran Raya Meriah Max yang diadakan di MyTOWNKL pada Selasa.- FOTO SINARHARIAN/ROSLITALIB
Mohd Azhan (kiri) menyerahkan kad raya kepada posmen sebagai simbolik pelancaran Raya Meriah Max yang diadakan di MyTOWNKL pada Selasa.- FOTO SINARHARIAN/ROSLITALIB

Mohd Azhan berkata, bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan, pembeli digalakkan untuk merakamkan gambar kenangan di sudut foto jeti kampung tiga dimensi yang disediakan.

“MyTOWNKL juga menghidupkan semula tradisi menghantar poskad tempatan diilustrasikan secara kreatif oleh Artbysong.

“Terdapat peti mel retro untuk kemudahan pembeli mengirimkan kad ucapan raya dengan kerjasama Pos Malaysia,” katanya.

Tambahnya lagi, pelbagai jenis pakaian raya daripada koleksi tudung eksklusif hinggalah kepada ‘batik’ dan fesyen moden boleh didapati di Bazar Aidilfitri,MyTOWNKL.

“Bermula 31 Mac hingga 1 Mei ini, pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti termasuk menonton persembahan istimewa semasa membeli-belah atau menjamu selera di MyTOWNKL.

"Pengunjung dan pembeli bertuah juga akan diberi ganjaran dengan barangan penebusan eksklusif apabila mereka membeli-belah semasa tempoh perayaan ini," katanya.

Jelasnya, pembeli juga boleh mendapatkan barangan premium termasuk beg silang berjenama MyTOWNKL, poskad dan paket raya edisi terhad. Maklumat lanjut layari https://mytownkl.com.my.