Wardah Beauty dan Kahf sumbang kit iftar, pek percuma

Pengunjung menunjukkan pek produk percuma dan kit Iftar sempena program Iftar ala Madinah @Karangkraf.
Pengunjung menunjukkan pek produk percuma dan kit Iftar sempena program Iftar ala Madinah @Karangkraf.
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat Pharmacore Technology & Innovation Sdn Bhd melalui jenama mereka, Wardah Beauty dan Kahf menyumbang lebih 2,500 kit iftar selama lima hari bermula Isnin sempena program Iftar ala Madinah @Karangkraf.

Pengurus Perhubungan Awam dan Pembangunan Pasaran syarikat berkenaan, Syukrina Mohtar berkata, pihaknya turut menyumbang sebanyak 500 pek produk Wardah Beauty dan 250 pek produk Kahf kepada pengunjung sepanjang tempoh tersebut.

Pengunjung hadir di reruai syarikat Pharmacore Technology & Innovation Sdn Bhd untuk mendapatkan pek produk percuma dan kit Iftar ala Madinah
Pengunjung hadir di reruai syarikat Pharmacore Technology & Innovation Sdn Bhd untuk mendapatkan pek produk percuma dan kit Iftar ala Madinah

"Setiap pengunjung yang singgah ke 'booth' (reruai) kami akan mendapat salah satu dari tiga pek itu. Jadi ia adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve).

"Di Pharmacore, hasrat kami adalah untuk menyebarkan manfaat kepada pengunjung yang hadir untuk berbuka puasa di Karangkraf.

Antara pek produk percuma dan kit Iftar ala Madinah di reruai syarikat berkenaan
Antara pek produk percuma dan kit Iftar ala Madinah di reruai syarikat berkenaan

"Ini sedikit sebanyak dapat mengukir senyuman di wajah mereka apabila menerima pemberian tersebut sesuai dengan kempen kami #bersamalebihbermakna dan #jalanyangkupilih," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Dalam pada itu, Syukrina memuji usaha Karangkraf kerana menyediakan platform mengalakkan lebih ramai syarikat korporat untuk sama-sama memberi sumbangan kepada komuniti selain menyantuni masyarakat terutama golongan kurang berkemampuan.

Pengunjung menunjukkan pek produk percuma dan kit Iftar sempena program Iftar ala Madinah @Karangkraf.
Pengunjung menunjukkan pek produk percuma dan kit Iftar sempena program Iftar ala Madinah @Karangkraf.

Jelasnya, sumbangan tersebut dibuat bagi memeriahkan sambutan berbuka puasa sekali gus meraikan umat Islam menjalani ibadah berkenaan sempena bulan suci Ramadan.

Sementara itu, Syukrina berkata, pihaknya juga akan menyampaikan sumbangan bernilai RM10,000 kepada beberapa pertubuhan kebajikan dan anak yatim di sekitar Selangor sebagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam usaha membantu masyarakat dan golongan memerlukan.

Pengunjung menerima pek produk dan kit iftar Wardah Beauty dan Kahf sempena program Iftar ala Madinah @Karangkraf.
Pengunjung menerima pek produk dan kit iftar Wardah Beauty dan Kahf sempena program Iftar ala Madinah @Karangkraf.

Program Iftar ala Madinah @Karangkraf bermula sejak 24 Mac lalu hingga 18 April ini dan mampu menampung seramai 1,000 pengunjung setiap hari.