Tiga rumah hangus terbakar

Tiga buah rumah hangus terbakar di pekan Tikam Batu pagi semalam.
Tiga buah rumah hangus terbakar di pekan Tikam Batu pagi semalam.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Tiga buah rumah di pekan Tikam Batu hangus terbakar dalam kejadian pagi semalam namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Ketua Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Muhamad Syukri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.19 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian bersama tiga jentera dan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu dan Sungai Petani.

Menurutnya, sebaik sampai di lokasi kejadian mendapati, kebakaran melibatkan tiga unit rumah satu tingkat di mana kemusnahan kebakaran dianggarkan 90 peratus bagi rumah pertama dan kedua manakala rumah ketiga hanya 25 peratus sahaja.

Menurutnya, punca dan kerugian sebenar masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: