Lebih 2,000 saman sepanjang Ramadan

Sebanyak 2,033 saman dikeluarkan membabitkan 97 kenderaan disita akibat pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan sepanjang Ramadan ini.
Sebanyak 2,033 saman dikeluarkan membabitkan 97 kenderaan disita akibat pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan sepanjang Ramadan ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebanyak 2,033 saman dikeluarkan membabitkan 97 kenderaan disita akibat pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan sepanjang Ramadan ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, saman dikenakan antaranya disebabkan tidak mempunyai lesen, pemandu dan penunggang bawah umur, kenderaan tidak mempunyai cukai jalan dan insuran, ubah suai ekzos atau paip rompong bising, serta kesalahan melibatkan tiada brek dan brek tidak berfungsi dengan baik.

Op dijalankan di sekitar lokasi tumpuan sekitar daerah Kuala Muda.
Op dijalankan di sekitar lokasi tumpuan sekitar daerah Kuala Muda.

Menurutnya, dua individu warga tempatan ditahan melibatkan kesalahan yang disiasat bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

"Antara lokasi panas yang sering menjadi sasaran termasuk di Lagenda Height, persimpangan Sungai Batu, persimpangan AIMST University, Merbok dan sekitar lokasi tumpuan lain," katanya.

Zaidy berkata, sehingga 2 April 2023, daerah Kuala Muda telah mencatatkan jumlah kemalangan sebanyak 2,134 kes dan jumlah kematian sebanyak 36 orang.

Antara kenderaan yang diperiksa dalam Op Samseng Jalanan sepanjang Ramadan ini.
Antara kenderaan yang diperiksa dalam Op Samseng Jalanan sepanjang Ramadan ini.