Petugas kesihatan Projek Rintis diberi elaun - PM

Kerajaan bersetuju supaya elaun ‘on call’ diperluas kepada pegawai perubatan di enam klinik kesihatan yang terlibat dalam projek rintis bagi menangani kesesakan di hospital.
Kerajaan bersetuju supaya elaun ‘on call’ diperluas kepada pegawai perubatan di enam klinik kesihatan yang terlibat dalam projek rintis bagi menangani kesesakan di hospital.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kerajaan bersetuju memperluaskan elaun 'on call' kepada pegawai perubatan di enam klinik kesihatan yang terlibat dalam projek rintis bagi menangani kesesakan di hospital.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluasan bagi elaun berkenaan turut dipanjangkan merangkumi hari kelepasan mingguan.

“Elaun tambahan diberikan sebab sekarang ini tidak termasuk bagi yang bertugas di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan.

"Kerajaan bersetuju bahawa elaun tugas pegawai perubatan selepas waktu pejabat yang 'on call' di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan hospital dan waktu peluasan dipanjangkan merangkumi hari kelepasan mingguan.

"Saya juga telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MoF) untuk mengkaji kemudahan ini supaya ia dipanjangkan kepada semua selain pegawai perubatan," katanya ketika sesi waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (PH-Tuaran) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan bercadang untuk menaikkan jumlah elaun 'on call' kepada doktor.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Tambun itu memaklumkan, kerajaan akan menyerap 12,800 orang doktor dalam tempoh tiga tahun dengan tahun ini menyerap 4,300 pegawai kontrak sebagai lantikan tetap.

“Setakat ini, jumlah keseluruhan pegawai perubatan lantikan kontrak ialah 20,330 dan daripada jumlah tersebut terdapat hampir 12,800 pegawai perubatan kontrak yang telah tamat 'housemanship'.

“Sebab itu saya harap dapat dimengerti, tidak ada sama sekali niat kita untuk meremehkan kerana doktor kontrak berkhidmat dengan baik, berkorban masa, tenaga dan memang negara memerlukan (khidmat),” katanya.