MPKj rai anak yatim Tahfiz Al-Kitab

Najmuddin (tengah, belakang) bersama anak-anak yatim dan tetamu jemputan majlis berbuka puasa anjuran PBT itu pada Jumaat.
Najmuddin (tengah, belakang) bersama anak-anak yatim dan tetamu jemputan majlis berbuka puasa anjuran PBT itu pada Jumaat.
A
A
A

KAJANG - Menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, seramai 40 anak-anak yatim menerima sumbangan pada majlis berbuka puasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

MPKj menerusi hantaran di Facebook rasmi pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan, majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Yang Dipertua MPKj, Najmuddin Jemain.

Menurutnya, penerima berkenaan merupakan anak-anak yatim dari Sekolah Tahfiz Al-Kitab, Beranang dan mereka menerima sumbangan barangan keperluan Aidilfitri termasuk duit dan kuih raya.

"Majlis ini dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada kumpulan nasyid Raihan bagi menghiburkan tetamu terutama anak-anak yatim dari Sekolah Tahfiz Al-Kitab, Beranang, Selangor," katanya.

Majlis berbuka puasa turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Wong Siew Ki.

Hadir sama, pegawai khas kepada Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, Ahli-ahli Majlis MPKj, Pengarah-pengarah jabatan dan unit serta warga kerja MPKj bersama keluarga.