Al Nassr raikan rekod Ronaldo

Pemain Al Nassr meraikan rekod yang dibuat oleh Ronaldo.
Pemain Al Nassr meraikan rekod yang dibuat oleh Ronaldo.
A
A
A

AL Nassr menghargai pencapaian luar biasa yang dilakukan Cristiano Ronaldo selepas pemain berusia 38 tahun itu memecahkan rekod penampilan antarabangsa terbanyak sepanjang zaman.

Ronaldo yang diketepikan dalam kesebelasan utama ketika Piala Dunia di Qatar tahun lalu, meraih penampilan ke-197 untuk negaranya ketika Portugal membelasah Liechtenstein 4-0 dalam kelayakan Euro 2024 pada Isnin lalu.

Dia menjaringkan gol pada minit ke-51 menerusi penalti selepas dua gol awal daripada Joao Cancelo dan Bernardo Silva, sebelum menyudahkan sepakan percuma 12 minit kemudian.

Ronaldo (kiri) dan Abdulrahman ketika diraikan oleh Al Nassr.
Ronaldo (kiri) dan Abdulrahman ketika diraikan oleh Al Nassr.

Ia membolehkan Ronaldo melebarkan rekod jaringan 120 gol buat negaranya dan menjadi pemain pertama dapat meledak 100 kali dalam saingan antarabangsa kompetitif.

"Hari ini, kami meraikan rekod dan hari lahir. Rekod pemain paling banyak beraksi dalam bola sepak antarabangsa dan hari lahir pemain Saudi yang berbakat," kata kelab itu dalam laman Twitter.

Selain meraikan rekod yang dilakukan Ronaldo, Al Nassr turut meraikan ulang tahun ke-25 pemain sayap pasukan itu, Abdulrahman Ghareb.