Sila log masuk terlebih dahulu.

Mat Sabu jawab Sanusi dakwa program buka puasa 'diganggu'

31 Mac 2023 | TikTok
A
A
A
BULETIN TIKTOK 31 MAC 2023 Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu luah rasa 'pelik' dengan dakwaan dibuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor semalam mengenai sewaan dewan untuk majlis berbuka puasa 'diganggu'. Beliau mempersoalkan bagaimana Menteri Besar Kedah itu mendakwa sewaan dibuat itu dibatalkan ketika belum ada sebarang pengesahan mengenainya dikeluarkan. Jelasnya lagi, pihak pengurusan dewan di MAEPS Serdang belum mengeluarkan sebarang surat persetujuan menerima tempahan berkenaan. Muzik: Night Rider 87-The Verge dari Artlist.co #BuletinTikTok #SinarHarian