Pemain EPL dibenarkan buka puasa tepi padang

Salah antara pemain beragama Islam yang beraksi di EPL.
Salah antara pemain beragama Islam yang beraksi di EPL.
A
A
A

PENGADIL telah diberi kebenaran untuk menghentikan sementara perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) sepanjang Ramadan bagi membolehkan pemain berbuka puasa mulai Sabtu.

Menerusi arahan terbaharu EPL itu, semua pegawai perlawanan digalakkan untuk mencari waktu sesuai memberhentikan perlawanan yang berlangsung di sebelah petang.

Pemain akan diberi masa untuk berbuka puasa dengan mengambil minuman, gel tenaga dan makanan tambahan.

Pengadil juga telah diminta untuk mengenal pasti pemain yang berpuasa sebelum sepak mula dan bersetuju bersetuju untuk menghentikan perlawanan seketika pada tempoh ditetapkan.

Umat ​​Islam di seluruh dunia kini sedang menjalani bulan Ramadan hingga 21 April dan perlu menahan makan dan minum dari terbit sehingga terbenam matahari dan akan berbuka puasa di sebelah petang.

Ramai pemain bola sepak akan mendapat manfaat daripada perubahan ini termasuk bintang Liverpool, Mohamed Salah, Riyad Mahrez dari Manchester City dan Ngolo Kante dari Chelsea.

Dua tahun lalu EPL menjadi tumpuan apabila perlawanan antara Crystal Palace dan Leicester City dihentikan seketika pada pertengahan permainan untuk membolehkan pemain berbuka puasa.

Tindakan itu adalah kali pertama di EPL dan mendapat pujian ramai termasuk bek tengah, Wesley Fofana yang beragama Islam dan beraksi pada perlawanan berkenaan.