NUTRIDAX sasar bantu 100,000 penghidap diabetes

ARG Global Development hasilkan campuran susu kurma dan herba ashwagandha

Nur Azhim Shahmi bergambar bersama team produksi di kilang mereka.
Nur Azhim Shahmi bergambar bersama team produksi di kilang mereka.
A
A
A

Syarikat ARG Global Development Sdn Bhd kini memperkenalkan NUTRIDAX yang tampil dengan inovasi baharu.

Minuman susu campuran kurma ini diperkaya lagi dengan bahan herba ashwagandha dan sesuai diminum oleh mereka yang mahu mengawal paras gula dalam badan sekali gus membantu penghidap diabetes di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ARG Global Development, Nur Azhim Shahmi Mohd Khaled, 25, berkata NUTRIDAX memfokuskan kepada masalah kesihatan terutama golongan yang menghidap kencing manis dan darah tinggi.

Nur Azhim Shahmi bersama hadiah anugerah atas penghasilan produk yang dilakukannya.
Nur Azhim Shahmi bersama hadiah anugerah atas penghasilan produk yang dilakukannya.

Jelasnya, ashwagandha merupakan herba yang kurang mendapat perhatian orang ramai namun ia sangat memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai masalah diabetes, darah tinggi dan kolesterol.

"Sebab itulah kami tambah herba ini untuk produk baharu NUTRIDAX yang sesuai diminum oleh pesakit diabetes dan darah tinggi," katanya kepada Sinar Harian, di pejabatnya di sini.

Anak kelahiran Banting itu berkata, sebelum ini beliau telah menghasilkan dua produk NUTRIDAX iaitu NUTRIDAX campuran minuman botani dengan beri biru dan NUTRIDAX minuman Pra-campuran Kopi & Fiber Psyllium Husk sejak 2017.

"Pada tahun ini, kami lakukan improvisasi produk lama dengan menambah baik dari segi bahan iaitu herba ashwagandha, habbatus sauda, menggunakan skim susu dan juga ekstrak kurma.

"Kesemua bahan dalam produk NUTRIDAX minuman susu campuran kurma sangat bagus untuk membantu mengawal paras gula," ulasnya.

Tiada pemanis tiruan

Jelas Nur Azhim Shahmi, produknya tidak menggunakan sebarang pemanis tiruan sebaliknya dihasilkan daripada susu skim iaitu susu lembu dari Australia.

"Susu ini merupakan susu gred tinggi selain penggunaan ekstrak kurma bukan sekadar memberi rasa sedap malah mengandungi serat yang dapat bantu proses penyerapan gula menjadi lebih perlahan termasuk kadar insulin," jelasnya.

Produk terbaharu ini menggunakan herba ashwagandha bagi membantu pelanggan yang mempunyai masalah diabetes dan darah tinggi.
Produk terbaharu ini menggunakan herba ashwagandha bagi membantu pelanggan yang mempunyai masalah diabetes dan darah tinggi.

Bapa kepada seorang anak itu berkata, produk berkenaan telah mendapat kelulusan dari Amalan Pengilangan Baik (GMP), Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) selain menerima logo halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Tambahnya, produk itu dijual secara dalam talian pada harga RM120 di Semenanjung manakala RM130 di Sabah dan Sarawak.

"Buat masa ini kami menjual secara dalam talian, jadi orang ramai boleh membeli produk kami menerusi Facebook, Instagram dan laman web rasmi NUTRIDAX.

"Pada masa akan datang, produk NUTRIDAX boleh juga dibeli secara terus dengan mengunjungi ke bangunan wisma baharu mereka dijangka beroperasi Julai nanti," jelasnya.

Dalam pada itu, Nur Azhim Shahmi berkata pihaknya menyasarkan jualan bernilai RM30 juta menjelang akhir tahun ini.

Nur Azhim Shahmi bergambar bersama kakitangan di pejabatnya.
Nur Azhim Shahmi bergambar bersama kakitangan di pejabatnya.

Beliau optimis sasaran itu mampu dicapai susulan kesemua produk NUTRIDAX mendapat sambutan dengan mencapai jualan akhir tahun sebanyak RM15 juta pada tahun lepas.

Beliau turut menyasarkan untuk mewujudkan peluang pekerjaan lebih banyak kepada penduduk tempatan terutama masyarakat di Banting.

"Sasaran adalah untuk memastikan penduduk Banting dapat peluang pekerjaan dengan bekerja dalam pasukan kami. Setakat ini kami sudah ada 50 kakitangan dan kami sasar 300 lagi pada masa akan datang," ujarnya.

Selain itu, Nur Azhim Shahmi turut merancang untuk meluaskan produknya hingga ke pasaran antarabangsa. Fokusnya kini untuk menembusi pasaran Asia Tenggara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.

“Saya mahu membuka cawangan di negara berkenaan supaya rakyat di sana kenal produk NUTRIDAX.

“Saya juga mahu menjadikan produk NUTRIDAX ini dikenali dengan sebuah jenama yang memberi kesan kepada pengguna.

“Mereka yang mahu menjaga kesihatan khususnya dalam usaha mengawal masalah diabetes akan ingat jenama NUTRIDAX. Itulah matlamat saya," katanya mengakhiri perbualan.

INFO

Nama: Nur Azhim Shahmi Mohd Khaled

Syarikat: ARG Global Development Sdn Bhd

Jawatan: Ketua Pegawai Eksekutif

Facebook: Media NUTRIDAX HQ

Produk: NUTRIDAX yang dihasilkan sejak 2017