JSJN nafi Ayob Khan ada akaun TikTok

PDRM menafikan sebuah akaun TikTok palsu menggunakan nama Ayob bagi menarik pengikut di aplikasi berkenaan.
PDRM menafikan sebuah akaun TikTok palsu menggunakan nama Ayob bagi menarik pengikut di aplikasi berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Malaysia Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sebuah akaun TikTok yang menggunakan nama pegawai kanannya, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

PDRM menerusi akaun Facebook rasminya berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menafikan akaun TikTok @datukayub8 adalah milik Pengarah jabatan itu.

Kenyataan itu berkata, akaun palsu tersebut menggunakan nama dan gambar Ayob untuk menarik pengikut di aplikasi berkenaan.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan akaun tersebut dan sentiasa merujuk sumber yang sah bagi mendapatkan informasi tepat serta sahih," kata kenyataan itu pada Rabu.