‘Yang Berhormat, kalau hendak mesyuarat di luar lah’

Ramli Mohd Nor - Foto Bernama
Ramli Mohd Nor - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor menegur tindakan beberapa ahli Parlimen yang membuat ‘mesyuarat lain’ ketika persidangan berlangsung.

Teguran itu dibuat Ramli susulan ada beberapa ahli Parlimen ‘berbincang’ ketika Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023, bertujuan memasukkan peruntukan kesalahan menghendap dibentangkan.

RUU itu dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.

“Yang Berhormat, kalau hendak bermesyuarat, (buat) di luar lah. Saya di sini boleh dengar apa cerita yang hendak dicakapkan,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Terdahulu, Ramli ketika persidangan sesi pagi menggantung Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh daripada menghadiri persidangan selama tiga hari bermula Rabu.

Keputusan itu dibuat susulan keengganan ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu mendengar arahan yang dikeluarkan terhadapnya.