MRT tergendala kerana laluan trek diceroboh

Pengguna MRT terpaksa keluar daripada Stesen Taman Mutiara selepas perkhidmatan pengangkutan awam itu tergendala pukul 6 petang tadi. -Foto tular media sosial
Pengguna MRT terpaksa keluar daripada Stesen Taman Mutiara selepas perkhidmatan pengangkutan awam itu tergendala pukul 6 petang tadi. -Foto tular media sosial
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gara-gara seorang individu yang dipercayai menceroboh laluan trek Transit Aliran Massa (MRT) antara stesen Taman Connaught dan Bandar Tun Hussein Onn, di sini, menyebabkan perkhidmatan terbabit terkandas seketika.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang tadi, hampir ribuan pengguna terjejas.

Mereka terpaksa keluar dari perkhidmatan awam terbabit bagi mencari alternatif lain untuk menuju ke destinasi mereka.

Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian tersebut tidak menjejaskan laluan lain kecuali Stesen Taman Mutiara dan Batu Sebelas.

“Bagi kawasan yang terjejas kita akan menyediakan bas perantara.

"Pengguna juga dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan lain untuk menuju ke destinasi sementara pihak kami menyelesaikan perkara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pengguna yang tidak bercadang untuk menunggu dan meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan MRT akan menerima bayaran semula di kaunter perkhidmatan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian terbabit.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun, saya dimaklumkan perkhidmatan berkenaan beroperasi seperti biasa pada pukul 8.20 malam selepas tergendala hampir dua jam,” katanya ketika dihubungi.