MGB Berhad lancar pangsapuri mampu milik di Johor Bahru

A
A
A

No Image Caption



SHAH ALAM - MGB Berhad anak syarikat pemaju perumahan, LBS Bina Group Berhad melancarkan Pangsapuri Saujana Indah iaitu kediaman mampu milik yang selesa di Johor Bahru.

Projek yang dibangunkan di atas tanah pegangan bebas seluas 2.6 ekar itu terdiri daripada 988 unit yang merangkumi dua buah menara dengan jumlah GDV sebanyak RM 437 juta.

Pangsapuri Saujana Indah yang merupakan nadi permata selatan menawarkan beberapa jenis unit kediaman pangsapuri dengan harga bermula daripada RM352,000.

Projek yang memiliki dua menara kediaman iaitu Menara A setinggi 37 tingkat terdiri daripada 393 unit dan Menara B setinggi 37 tingkat dengan 595 unit.

No Image Caption

Tarikan utama pembangunan ini adalah akses mudah melalui lebuhraya utama seperti, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Pantai Baru ke Bandar Iskandar Puteri, Lebuhraya Pasir Gudang, Lebuhraya EDL, Lebuhraya Pantai Timur JB dan Lebuhraya Senai-Desaru.

Pembangunan ini juga terletak hanya 20 minit dari Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) dan menjadikannya lokasi yang amat sesuai bagi mereka yang kerap keluar negara.

Pangsapuri Saujana Indah terletak di antara bandar Molek dan Johor Jaya yang sedang pesat membangun. Selain dari itu, projek perumahan ini juga terletak berdekatan dengan Kelab Golf Daiman 18, tumpuan ideal bagi penggemar sukan golf.

LIM HOCK SAN
LIM HOCK SAN

Naib Pengerusi Eksekutif MGB Berhad, Tan Sri Lim Hock San, berkata, Pangsapuri Saujana Indah merupakan projek dari syarikat yang mempunyai rekod prestasi kukuh dan mempunyai keupayaan pembinaan serta kekuatan kewangan yang teguh.

“Ini memberikan kami kelebihan di dalam menyiapkan projek tepat pada masanya, mengikut peruntukan bersesuaian yang mendorong sentimen keyakinan yang tinggi di kalangan bakal pembeli rumah.

“Pangsapuri Saujana Indah akan menjadi projek terkini yang tersenarai di bawah kempen ‘LBS Fabulous Extra 2022-23’ di mana pembeli rumah akan berpeluang untuk membawa pulang hadiah cabutan bertuah bernilai RM 1.5 juta.

“Hadiah ini termasuk 22 unit kereta Perodua Axia, 41 unit motosikal SM Sports 110R, 33 unit Sony 5.1 Cinema Home Soundbars, 46 unit basikal gunung Decathlon Rockrider ST30, Televisyen Panasonic 40” dan banyak lagi,”katanya.

No Image Caption

Menurutnya, Pangsapuri Saujana Indah menawarkan gabungan sempurna antara harga mampu milik dan kemudahan sekaligus menjadikan projek ini ideal untuk keluarga dan warga kerja yang sedang mencari kehidupan serba selesa di Johor Bahru.

“Pelbagai kemudahan disediakan seperti kolam renang, taman permainan kanak-kanak, dewan serbaguna, surau, BBQ, zon kecergasan, gimnasium bagi menggalakkan gaya hidup sihat, di bandar indah Johor Jaya di samping meneroka kawasan-kawasan menarik yang terletak berhampiran seperti Taman Tema Air Austin Height yang terletak 10 minit dari kediaman ini.

“Bagi pencinta alam sekitar, pembangunan ini juga berhampiran dengan Taman Tasik Seri Alam dan Tasik Biru Seri Alam yang amat terkenal dengan pemandangan indah dan menakjubkan di kalangan penggemar sukan mendaki dan lasak,”katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pangsapuri Saujana Indah, sila layari https://mgbgroup.com.my/our-expertise/pangsapuri-saujana-indah/