Tak guna lorong motosikal, penunggang parah dilanggar kereta

Lokasi kejadian kemalangan di Kilometer 12.3 Lebuhraya Persekutuan arah Klang, Shah Alam pada Ahad membabitkan sebuah motosikal dan kereta.
Lokasi kejadian kemalangan di Kilometer 12.3 Lebuhraya Persekutuan arah Klang, Shah Alam pada Ahad membabitkan sebuah motosikal dan kereta.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang penunggang motosikal cedera selepas dirempuh dari belakang di Kilometer 12.3 Lebuhraya Persekutuan arah Klang, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan kejadian itu diterima Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira jam 9 malam.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Sentra dan motosikal Yamaha Y15ZR.

“Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang wanita berusia 23 tahun itu tidak menggunakan lorong motosikal yang dikhaskan sebelum dilanggar dari arah belakang oleh kereta terbabit yang keluar dari susur stesen minyak,” katanya pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa penunggang motosikal terbabit telah mengalami cedera di bahagian rahang dan pinggul lalu dikejarkan ke Hospital Shah Alam.

Katanya, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat BSPT IPD Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.