Bergaduh selepas ditegur halang laluan

Tindakan seorang lelaki yang menegur jirannya kerana menghalang laluan ibunya berakhir dengan pergaduhan dalam kejadian di Taman Ukay Bestari di sini pada Ahad. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohamad Farouk)
Tindakan seorang lelaki yang menegur jirannya kerana menghalang laluan ibunya berakhir dengan pergaduhan dalam kejadian di Taman Ukay Bestari di sini pada Ahad. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohamad Farouk)
A
A
A

AMPANG - Tindakan seorang lelaki yang menegur jirannya kerana menghalang laluan ibunya berakhir dengan pergaduhan dalam kejadian di Taman Ukay Bestari di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, seorang lelaki berusia 21 tahun mendapati ibunya yang berjalan kaki untuk ke rumah jiran telah dihalang oleh seorang penghuni lelaki di kejiranan terbabit.

"Anak wanita itu menegur lelaki tersebut kerana menghalang laluan ibunya.

"Lelaki terbabit kemudian menjerit beberapa kali sebelum terus meluru dan menumbuk dada mangsa di bahagian bahu kiri," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, secara ahli keluarga suspek turut keluar dari rumah dan berlaku pertengkaran sesama mereka.

Katanya, abang kepada mangsa yang keluar dari rumah untuk meleraikan kejadian diserang oleh adik perempuan suspek yang membalingnya dengan penutup tong sampah.

Bertindak hasil maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menahan empat individu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 21 hingga 32 tahun kira-kira jam 3 pagi, Isnin.

"Turut dirampas adalah tong sampah yang digunakan semasa perbalahan terbabit," ujarnya.

Tambahnya, kesemua mereka direman empat hari sehingga Khamis untuk siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.