Banjir di Johor pulih sepenuhnya

Penduduk yang ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Yong Peng sedang mengemas barang untuk pulang kediaman masing-masing pada Ahad selepas banjir surut sepenuhnya. - Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Penduduk yang ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Yong Peng sedang mengemas barang untuk pulang kediaman masing-masing pada Ahad selepas banjir surut sepenuhnya. - Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
A
A
A

JOHOR BAHRU- Johor pulih sepenuhnya daripada banjir apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng ditutup pada 12 tengah hari pada Ahad.

Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, 141 keluarga yang membabitkan 37 keluarga dibenarkan ke rumah masing-masing selepas keadaan banjir reda.

"Seramai 62 penduduk daripada 15 keluarga yang menetap di PPS SK Sri Medan sejak 1 Mac lalu dibenarkan pulang dibenarkan pulang selepas rumah mereka di Kampung Parit Yusof, Kampung Parit Haji Ahmad, Kampung Parit Warijo, Kampung Parit Bangas, Kampung Parit Sedayun dan Kampung Parit Seri Pasir surut daripada banjir.

"PPS Dewan Orang Ramai Yong Peng pula membabitkan seramai 79 penduduk daripada 22 keluarga yang dibuka sejak 3 Mac lalu.

"Mangsa banjir di PPS tersebut merupakan penduduk di 10 kampung antaranya Kampung Parit Tengah dan Kampung Parit Lapis Bangas," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Banjir melanda negeri ini bermula 28 Februari lalu, dengan mencatatkan lebih 85,000 rakyat Johor terjejas akibat bencana tersebut.

Daerah Batu Pahat menjadi daerah yang terjejas teruk melibatkan lebih kurang 50,000 mangsa.