Pemandu terselamat, lori jatuh gaung 15 meter

Anggota bomba membuat pemeriksaan pada lori tersebut yang terjatuh ke dalam gaung di KM42.3 LPT hala Timur pada Ahad. - Foto JBPM
Anggota bomba membuat pemeriksaan pada lori tersebut yang terjatuh ke dalam gaung di KM42.3 LPT hala Timur pada Ahad. - Foto JBPM
A
A
A

BENTONG - Seorang lelaki cedera selepas lori yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter di Kilometer 42.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hala Timur pada Ahad.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa berusia 30-an telah dibantu dan dikeluarkan oleh orang awam.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.43 pagi dan tujuh anggota serta seorang pegawai bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

No Image Caption

"Kejadian itu melibatkan sebuah lori jenis Nissan yang terjatuh ke dalam gaung.

"Terdapat seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan dan dikeluarkan dengan bantuan orang awam," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, mangsa diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan selanjutnya.