Yew Sin-Ee Yi gagal ke final Terbuka Switzerland

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.
A
A
A
HASRAT beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melangkah ke pentas final Terbuka Switzerland 2023 di Basel tidak kesampaian selepas tewas kepada pasangan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India pada aksi separuh akhir malam Sabtu.

Dalam kejohanan yang berlangsung di Basel itu menyaksikan beregu kelapan dunia Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur apabila ditundukkan 21-19, 17-21, 21-17 dalam perlawanan selama 69 minit.

Satwiksairaj-Chirag, yang juga pasangan keenam dunia, akan melakukan perhitungan bersama gandingan China Ren Xiang Yu-Tan Qiang di pentas final esok.

Terdahulu, Ren Xiang-Qiang menunjukkan jalan keluar kepada gandingan England Ben Lane-Sean Vendy 21-10 dan 21-17 pada pusingan separuh akhir malam Sabtu.

Selain Yew Sin-Ee Yi, dua lagi wakil negara iaitu pemain profesional perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang mara ke aksi separuh akhir akan bertemu lawan masing-masing pada perlawanan lewat pagi nanti waktu Malaysia. - Bernama