Kenaikan harga ayam, KPDN periksa bekalan dengan MAFS

Kenaikan harga ayam mungkin disebabkan isu kekurangan bekalan. - Gambar hiasan
Kenaikan harga ayam mungkin disebabkan isu kekurangan bekalan. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) akan mendapatkan data bekalan ayam daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) berhubung isu kenaikan harga ayam.

Beliau berkata, kenaikan harga ayam itu mungkin disebabkan isu kekurangan bekalan.

"Kita akan dapatkan maklum balas daripada Kementerian Pertanian kerana bekalan (ayam) itu adalah tanggungjawab MAFS.

"Apabila bekalan itu dapat ditentukan faktanya, baru kita akan lihat dari segi harga.

"Walaupun semalam Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengeluarkan angka, saya kena periksa dahulu dengan MAFS," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Jualan Rahmah Hari Raya Sabella di sini pada Sabtu.

Tambah Salahuddin, setakat ini, KPDN tidak mempunyai perancangan untuk menaikkan harga kawalan ayam mentah di pasaran.

Pada Jumaat, media melaporkan purata harga ayam bulan lalu meningkat kepada RM10.33 satu kilogram (kg) berbanding RM 9.46 bulan Februari 2022 di mana kedua-duanya melebihi paras harga kawalan ditetapkan kerajaan iaitu RM9.40.