Polis cari Sivakumar

Mohd Zaid Hassan
Mohd Zaid Hassan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan T Sivakumar yang merupakan saksi penting berhubung perbicaraan kes pemerdangangan manusia dan penyeludupan imigran.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan menerusi kenyataan berkata, penama berkenaan diminta hadir perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai saksi pendakwaan pada 27 dan 28 Mac ini.

Alamat terakhir Sivakumar adalah di No. 23 Jalan Tempua 6, 47100 Puchong Jaya, Selangor.

Mohd Zaid meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada pihak polis atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100.

Pada 16 Mei 2020, polis menyelamatkan seorang lelaki warga India di Kajang selepas menerima satu laporan berkaitan kes pemerdangangan manusia dan penyeludupan imigran.

Susulan itu, polis berjaya menahan suspek terlibat dalam kejadian itu dan telah dituduh di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. - Bernama