Asyraf Wajdi dilantik Setiausaha Agung UMNO

Asyraf Wajdi, Azalina
Asyraf Wajdi, Azalina
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO yang baharu.

Pelantikan itu bagi menggantikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan yang sebelum ini meyandang jawatan berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said pula diberi kepercayaan untuk menggalas jawatan sebagai Ketua Penerangan parti tersebut.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula kekal sebagai Bendahari Agung UMNO.

Dalam pada itu, seramai 13 orang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) telah dilantik melibatkan Tan Seri Shahrizat Abdul Jalil, Tan Seri Mohamad Fatmi Che Salleh, Datuk Ahmad Ismail, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah, Datuk Hasmuni Hassan, Datuk Hasnol Ayub, Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Mohd Ariff Abdul Majid, Datuk Seri Jailani Johari, Datuk Norliza Abdul Rahim, Saudara Mohd Hairi Mad Shah dan Siti Sokleha Nordin.

Bagi pelantikan di peringkat negeri, Datuk Rozabil Abd Rahman dipilih sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, manakala timbalannya ialah Datuk Dr Fathulbari Mat Jahya.

Sementara itu di Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid (pengerusi), Datuk Seri Abd Azeez Abd Rahim (timbalan); di Kelantan pula Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (pengerusi), Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh (timbalan); di Terengganu ialah Datuk Seri Ahmad Said (Pengerusi), Datuk Nik Dir Nik Wan Ku (timbalan); di Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir (pengerusi), Datuk Dr Ir Shaikh Hussein Mydin (timbalan).

Selain itu, di Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (pengerusi), Datuk Azian Osman (timbalan); di Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (pengerusi), Datuk Seri Ab Hamid Nazahar (timbalan); di Selangor pula, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (pengerusi), Datuk Johan Abd Aziz (timbalan), di Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abd Ghani (pengerusi), Datuk Seri Dr Shafei Abdullah (timbalan).

Di samping itu, bagi Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias (pengerusi), Datuk Hashim Rusdi (timbalan); di Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (pengerusi), Datuk Rais Yasin (timbalan); di Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (pengerusi), Datuk Seri Ahmad Maslan (timbalan) di Sabah pula, Datuk Seri Bung Moktar Radin (pengerusi), Datuk Seri Abd Rahman Dahlan (timbalan).

Pelantikan jawatan tersebut dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu mesyuarat berhubung pelantikan pegawai-pegawai utama parti pada Selasa.

Mesyuarat berkenaan merupakan perjumpaan yang pertama selepas pemilihan parti selesai pada 18 Mac 2023 yang lalu.