Sila log masuk terlebih dahulu.

Sasar 150 periuk bubur lambuk ramadan ini

A
A
A
Sasar 150 periuk bubur lambuk ramadan ini

BERITA SEMASA 22 MAC 2023

Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor menyasarkan untuk memasak 150 periuk bubur lambuk dan diedarkan kepada orang ramai di sepanjang Ramadan kali ini, laporan wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Sasaran itu dibuat kerana dijangka kunjungan orang ramai ke masjid berkenaan akan bertambah kali ini.

Untuk itu, sebanyak 10 periuk besar telah pun tersedia bagi tujuan memasak bubur lambuk berkenaan.

#BeritaSemasa #SinarHarian