Sila log masuk terlebih dahulu.

Kecukupan telur di pantai timur tak kira parti: Mat Sabu

A
A
A
BERITA SEMASA 21 MAC 2023

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kementeriannya tidak pernah mengambil kira soal politik mahupun parti dalam menyelesaikan masalah bekalan makanan dan kecukupan telur di pantai timur.

Malah katanya, ketika mengadakan lawatan lembu sado di Marang, Terengganu beliau tidak pernah pun bertanyakan kepada penternak soal politik, malah beliau lebih melihat potensi dan masa depan penternak itu dalam mengembangkan perniagaanya.

Ahli parlimen Kota Raja itu berkata, kementeriannya sentiasa memberi galakkan kepada mana-mana pihak yang mahu menjadi pengeluar dan penternak ayam di Terengganu.

#BeritaSemasa #DewanRakyat #SinarHarian