Sila log masuk terlebih dahulu.

Benarkan mahasiswa bekerja sambilan: Syed Saddiq

A
A
A

BERITA SEMASA 20 MAC 2023

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu bahawa birokrasi di universiti tidak seharusnya menghalang pelajar daripada menjalankan perniagaan dan bekerja sambilan di luar kampus.

Menurutnya, universiti tidak seharusnya mengenakan “perintah berkurung” untuk menghalang pelajar daripada melakukan aktiviti itu di kampus kerana dengan ini pelajar boleh memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti dari peringkat ijazah.

Beliau juga menyeru supaya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Pendidikan Tinggi bekerjasama bagi memastikan amalan birokrasi itu tidak menjejaskan pelajar.

#BeritaSemasa #SinarHarian