Pelanggan IWK menang hadiah Proton Saga

IWK meraikan pelanggan bertuah yang memenangi pelbagai hadiah sempena Peraduan IWK e-Bil Jer 2022 pada majlis penyampaian hadiah di IWK Eco Park, Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas.
IWK meraikan pelanggan bertuah yang memenangi pelbagai hadiah sempena Peraduan IWK e-Bil Jer 2022 pada majlis penyampaian hadiah di IWK Eco Park, Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas.
A
A
A

SHAH ALAM - Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) meraikan 13 pelanggan bertuah yang memenangi pelbagai hadiah sempena Peraduan IWK e-Bil Jer 2022.

Pemenang hadiah utama, Nurzulaika Kamaruddin berjaya membawa pulang sebuah kereta Proton Saga.

Bagi tempat kedua, Salmawati Mansor memenangi Smart TV Prism 86 inci manakala pemenang ketiga, Kee Meng Hua pula membawa pulang Apple Macbook Pro.

Selain tiga pemenang utama, 10 pemenang lagi turut berjaya memenangi hadiah saguhati antaranya Smartwatch Samsung Galaxy 4, Fitbit, Kerusi Urut Bergerak Ogawa, Pembersih Udara Ogawa dan Tab Huawei Matepad.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi IWK, Ir Mohd Zainal Zakaria pada majlis penyampaian hadiah di IWK Eco Park, Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas.

Pemenang hadiah utama, Nurzulaika Kamaruddin berjaya membawa pulang sebuah kereta Proton Saga.
Pemenang hadiah utama, Nurzulaika Kamaruddin berjaya membawa pulang sebuah kereta Proton Saga.

Peserta peraduan yang memenuhi semua kriteria ditetapkan bagi peraduan berkenaan telah dipilih untuk cabutan bertuah tersebut melalui sistem pilihan rawak secara berkomputer.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Narendran Maniam berkata, peraduan yang bermula 1 Julai hingga 15 Disember tahun lepas dianjurkan bagi tujuan promosi selain menggalak pelanggan IWK untuk menyertai usaha membayar bil tanpa kertas demi persekitaran lebih baik.

Ujarnya, peralihan kepada bil elektronik berkenaan juga adalah selaras dengan tanggungjawab semua pihak dalam menunaikan peranan masing-masing ke arah usaha pemulihan alam sekitar.

Salmawati Mansor memenangi Smart TV Prism 86 inci.
Salmawati Mansor memenangi Smart TV Prism 86 inci.

“Sejak IWK melaksanakan penggunaan e-Bil pada tahun 2018, pelbagai usaha promosi telah dilaksanakan bagi meyakinkan pelanggan beralih bukan sahaja kepada perkhidmatan e-Bil."Malah melibatkan penggunaan aplikasi mudah alih IWK supaya memudahkan pelanggan menyemak maklumat akaun pembetungan mereka,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, peraduan berkenaan adalah seperti kempen ahli-mencari-ahli (member-get-member) iaitu pelanggan perlu mendaftar e-Bil dan kemudian mengajak pelanggan IWK lain untuk mendaftar platform tersebut.

Pemenang ketiga, Kee Meng Hua membawa pulang Apple Macbook Pro.
Pemenang ketiga, Kee Meng Hua membawa pulang Apple Macbook Pro.

Tambah Narendran, lebih banyak pendaftaran di bawah kod rujukan maka peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah adalah tinggi.

“Kami amat menghargai sokongan telah diberikan pelanggan IWK selain berharap lebih ramai lagi akan terus mendaftar untuk e-Bil agar kita dapat bersama-sama berusaha ke arah pengurangan penggunaan kertas,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!