25 calon menang jawatan ahli MKT UMNO

25 calon menang jawatan ahli MKT UMNO
25 calon menang jawatan ahli MKT UMNO
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 25 calon disahkan memenangi jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi sesi 2023-2026 pada Ahad.

Menurut keputusan rasmi parti itu, individu tersebut ialah Datuk Seri Dr Shamsul Annuar Nasarah yang mendapat 178 undi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (175) dan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (167).

“Ia diikuti Datuk Seri Ahmad Maslan yang mendapat 167 undi, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (160), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (152) dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (151).

“Turut termasuk, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin (129), Datuk Azian Osman (124) dan Datuk Dr Shaik Hussein Mydin (118),”

"Selain itu ialah Datuk Seri Dr Md Alwi Che Ahmad (118) Datuk Zahida Rafik Khan (113) dan Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii (113)," katanya pada Ahad.

Beliau menambah, individu lain termasuk Datuk Seri Mohd Sharkar Bin Shamsudin (111), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (110), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi (108), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (106), Datuk Johan Abd Aziz (102), Isham Jalil (101), Datuk Seri Panglima Abd Rahman Dahlan (99).

Lima individu lagi ialah Datuk Lokman Noor Adam (97), Datuk Seri Ahmad Said (96), Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (94), Datuk Mohd Rafi Alli Hassan (93) dan Datuk Abdul Razak Abdul (91).

Pada hari yang sama, parti tersebut turut menyaksikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menang dalam jawatan Naib Presiden.

Bagi jawatan Pengerusi Tetap UMNO pula, ia dimenangi bekas ahli Parlimen Jerai, Tan Sri Badruddin Aminuddin yang manakala jawatan timbalannya menjadi milik Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa), Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah.