Jumlah mangsa banjir di Johor terus berkurangan

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Keadaan banjir di Johor setakat pukul 8 malam ini terus menunjukkan perkembangan baik dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negari (JPBN) memaklumkan, seramai 19,041 orang masih ditempatkan di 75 PPS berbanding 20,107 orang di 77 PPS yang direkodkan setakat 4 petang tadi.

"Dua PPS yang ditutup ialah Masjid Lapis Parit Bangas di Sri Medan dan Sekolah Agama Seri Laksana di Semerah, kedua-duanya di Batu Pahat,” menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan malam ini.

JPBN berkata, Batu Pahat masih mencatatkan mangsa teramai dengan 19,039 orang daripada 5,423 keluarga diikuti Segamat melibatkan dua orang daripada satu keluarga.

Cuaca di semua daerah sehingga malam ini dilaporkan cerah kecuali Muar cuacanya mendung dan tiada sungai direkodkan berada di paras bahaya. - Bernama