Sila log masuk terlebih dahulu.

PM umum khabar gembira buat B40, M40 di Kongres Nasional Khas PKR 2023

A
A
A

BERITA SEMASA 18 MAC 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR mengumumkan beberapa khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya golongan B40 dan M40 di Kongres Nasional Khas 2023 PKR hari ini di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor.

Antara yang diumumkan adalah bantuan tambahan sebanyak RM150 juta untuk sekolah tahfiz dan Maahad melalui JAKIM untuk sekolah tahfiz dan pondok yang berdaftar, kadar elektrik tidak dinaikan bagi golongan B40 dan M40 serta tanggung kos tambahan haji RM1,000 setiap jemaah B40.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan penggulungan dalam kongres berkenaan yang bertemakan Malaysia Madani: Pelaksanaan Sebuah Idealisma.

Artikel: https://bit.ly/3FVL4xV

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #pkr