Wan Rosdy, Mohamed Khaled dahului saingan Naib Presiden UMNO

Wan Rosdy Wan Ismail dan Mohamed Khaled
Wan Rosdy Wan Ismail dan Mohamed Khaled
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendahului tujuh pencabar lain dalam saingan pemilihan parti bagi jawatan Naib Presiden.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 4.40 petang tadi, Wan Rosdy yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mendahului dengan enam undi ketika ini.

Kemudian diikuti penyandang jawatan itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan empat undi.

Keputusan tidak rasmi turut menunjukkan tiga calon lain iaitu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said; Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican masing-masing berkongsi dua undi.

Dalam pada itu, setakat ini, satu undi diperoleh Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad.

Calon lain, ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa@Jamaludin masih belum memperoleh undi ketika ini.

No Image Caption

Persaingan merebut jawatan dalam Pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 bermula selepas tempoh pendaftaran calon ditutup secara rasmi pada jam 26 Februari lalu.

Selepas selesai pemilihan sayap pada Sabtu lalu, UMNO bakal menyaksikan kemuncak pemilihan pemimpin yang bakal merebut jawatan Naib Presiden dan ahli MKT.

Pemilihan UMNO akan berakhir pada Sabtu dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli MKT UMNO.