Andalusia tawar diskaun pakej umrah sehingga RM300 di MATTA Fair

Berlangsungnya Pelancaran Broshur dan Pakej Umrah 1445H di MATTA Fair 2023, MITEC, hari ini.
Berlangsungnya Pelancaran Broshur dan Pakej Umrah 1445H di MATTA Fair 2023, MITEC, hari ini.
A
A
A

ANDALUSIA Travel & Tours Sdn Bhd mengadakan Majlis Pelancaran Broshur dan Pakej Umrah 1445H di MATTA Fair 2023, MITEC pada Sabtu.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Datuk Md Daud Che Ngah bersama-sama Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut.

Menurut Md Daud, pihaknya menyedia potongan harga pakej umrah sehingga RM300 bagi mereka yang mendaftar hanya di MATTA Fair 2023.

“Bukan itu sahaja, pihak kami juga turut menyediakan pelbagai tawaran menarik antaranya menyediakan harga pendaftaran yang murah, cabutan bertuah dan berpeluang membawa pulang buku panduan umrah secara percuma.

Md Daud
Md Daud

“Sebelum ini, pihak kami mengenakan RM300 bagi mereka yang mahu mendaftar bersama Andalusia tetapi menerusi MATTA Fair 2023, orang ramai berpeluang menikmati tawaran harga pendaftaran hanya RM50 sahaja,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, pada Sabtu.

Tambahnya, kesemua mereka berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan tiga pakej percuma iaitu pakej penerbangan umrah secara terus, pakej pelancongan ke Turki dan pakej pelancongan ke serata dunia.

Pada masa sama, Md Daus menjelaskan bagi pakej baharu (Pakej Umrah 1445H), Andalusia menyasarkan untuk menerbangkan seramai 80,000 jemaah ke Tanah Suci.

Potongan harga pakej umrah sehingga RM300 bagi mereka yang mendaftar hanya di MATTA Fair 2023.
Potongan harga pakej umrah sehingga RM300 bagi mereka yang mendaftar hanya di MATTA Fair 2023.

“Untuk pakej umrah 1444H, Andalusia telah berjaya membawa seramai 48,000 jemaah dan sasaran kami sehingga ke penghujung tahun ini adalah sebanyak 60,000 jemaah.

“Bagi mereka yang mahu mengerjakan umrah pada bulan Ramadan, Andalusia masih ada kekosongan sebanyak 300 kerusi. Jika berminat boleh mendaftar bersama kami di MATTA Fair,” katanya.

Sementara itu, Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, pihaknya memberi jaminan kepada orang ramai untuk mengerjakan ibadah di Tanah Suci dengan tenang dan sempurna.

Andalusia mengadakan tawaran potongan harga sehingga RM300 bagi mereka yang membuat pendaftaran pakej umrah di MATTA Fair 2023.
Andalusia mengadakan tawaran potongan harga sehingga RM300 bagi mereka yang membuat pendaftaran pakej umrah di MATTA Fair 2023.

“Kepada bakal jemaah umrah mahupun haji, mereka tidak perlu khuatir dengan pakej yang disediakan kerana kami sudah menandatangani perjanjian tempat penginapan dan penerbangan dengan syarikat terlibat.

“Jadi tidak akan timbul isu tiada tempat penginapan dan tiket kapal terbang. Dengan Andalusia, para jemaah hanya perlu memberi fokus terhadap ibadah yang bakal dilakukan,” katanya.

Majlis pelancaran turut diserikan dengan alunan bacaan al-Quran oleh Nor Farhatul.