United berdepan Sevilla suku akhir Liga Europa

Keputusan undian suku akhir Liga Europa yang berlangsung di ibu pejabat UEFA di Nyon, Switzerland sebentar tadi.
FOTO: EPA
Keputusan undian suku akhir Liga Europa yang berlangsung di ibu pejabat UEFA di Nyon, Switzerland sebentar tadi. FOTO: EPA
A
A
A

Kelab handalan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United diundi menentang kelab Sepanyol, Sevilla dalam aksi suku akhir Liga Europa.

Jika skuad bimbingan Erik Ten Hag itu berjaya melepasi cabaran Sevilla, mereka akan berdepan sama ada Juventus ataupun pasukan yang menewaskan Arsenal, Sporting Lisbon di peringkat separuh akhir.

Dua lagi aksi suku akhir menyaksikan pertembungan antara AS Roma berdepan Feyenoord dan Bayer Leverkusen menentang Union Saint-Gilloise.

Suku akhir pertama Liga Europa akan berlangsung pada 13 April, manakala aksi kedua pula pada 20 April.