Sila log masuk terlebih dahulu.

Lelaki mengamuk ditegur ambil lauk guna jari

A
A
A

BERITA SEMASA 17 MAC 2023

Perbuatan seorang lelaki disyaki mabuk mengambil makanan dengan menggunakan jari di sebuah restoran di Cyberjaya, pada Khamis bertukar kecoh selepas ditegur pekerja premis terbabit.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pengurus premis restoran terkenal itu dimaklumkan kejadian terbabit selepas menerima panggilan daripada pekerjanya kira-kira jam 7.30 petang.

Menurutnya, pengurus itu memaklumkan beberapa barangan telah dirosakkan seperti pinggan selain lauk tercemar dan terpaksa dibuang.

Artikel: https://bit.ly/3YUu8yc

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #VideoTular