Andalusia tawar 12 pakej pelancongan dan umrah percuma

Izzati (lima dari kiri) mengadakan kolaborasi tiket penerbangan bersama Turkish Airlines sebanyak 10,000 tiket
Izzati (lima dari kiri) mengadakan kolaborasi tiket penerbangan bersama Turkish Airlines sebanyak 10,000 tiket
A
A
A

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 pakej pelancongan dan umrah percuma ditawarkan jemaah bertuah jika mendaftar Pakej Umrah 1445H bersama Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.

Lembaga Pemasaran dan Jualan Andalusia, Izzati Ibrahim berkata, turut diadakan cabutan bertuah bagi membolehkan jemaah membawa pulang pelbagai hadiah antaranya telekung, sejadah, kain ihram dan lain-lain yang eksklusif hanya di Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.

Menurutnya, promosi bersempena dengan Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) secara tidak langsung memberi penghargaan kepada jemaah yang mendaftar pakej umrah bersama syarikat itu.

“Cabutan pakej umrah adalah untuk pendaftar yang ke-999; pakej pelancongan Turki (pendaftar ke-499); Lima hadiah pakej Lexus (pelanggan ke- 39,199,299,399,599) dan lima taman tema air (pendaftar ke-59,79,99,129,159),” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Reruai Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.
Reruai Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.

Izzati berkata, selain diskaun pakej umrah RM100 seorang, pihaknya turut memberikan diskaun pakej pelancongan berkumpulan luar negara RM200 seorang manakala bonus tambahan pakej pelancongan untuk enam orang dalam satu resit layak mendapat baucer percutian percuma hotel lima bintang di Grand Lexis Port Dickson.

“Untuk pendaftaran umrah 1444H direkodkan sebanyak 46,000 jemaah telah mendaftar dengan Andalusia dan pihaknya menyasarkan 80,000 jemaah bakal mendaftar untuk musim 1445H.

“Pada esok (Sabtu) jam 12 hingga 1 petang bertempat di reruai Andalusia akan mengadakan Majlis Pelancaran Broshur dan Pakej Umrah 1445H bersama Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Datuk Ustaz Md Daud Che Ngah dan Ustazah Farhatul Fairuzah,” katanya.

Izzati sedang melayan pengunjung yang hadir di reruai Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd ya di MATTA Fair 2023, MITEC, Kuala Lumpur pada jumaat. - FOTO MOHD RAFIQ REDZUAN
Izzati sedang melayan pengunjung yang hadir di reruai Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd ya di MATTA Fair 2023, MITEC, Kuala Lumpur pada jumaat. - FOTO MOHD RAFIQ REDZUAN

Tambahnya lagi, orang ramai yang hadir ke MATTA Fair 2023 di MITEC jangan lepaskan untuk mengunjungi dan bertemu petugas di reruai Andalusia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagi yang tidak berkesempatan hadir ke MATTA Fair, mereka turut berpeluang mendapatkan tawaran diskaun dengan mendaftar secara dalam talian di laman sesawang https://teamumrahandalusia.wasap.my/.