Saiful tanggung tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia

Mohd Zubil menyerahkan replika alat kemudi kapal kepada Saiful sebagai simbolik penyerahan tugas bagi memangku jawatan Ketua Pengarah APMM pada Jumaat.
Mohd Zubil menyerahkan replika alat kemudi kapal kepada Saiful sebagai simbolik penyerahan tugas bagi memangku jawatan Ketua Pengarah APMM pada Jumaat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Logistik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim dilantik sebagai pemangku Ketua Pengarah agensi penguatkuasa tersebut bermula hari ini.

Beliau memangku tugas bagi menggantikan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som yang bersara wajib.

Mohd Zubil yang merupakan anak kelahiran Kampung Masjid, Lengggong, Perak mengumumkan persaraan setelah hampir 42 tahun bertugas sebagai penjawat awam.

Sebelum bertugas di dalam APMM pada 2006, Mohd Zubil berkhidmat di dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sejak 1981.

Mohd Zubil bersalaman dengan pegawai-pegawai APMM pada hari terakhir perkhidmatan beliau di Putrajaya pada Jumaat.
Mohd Zubil bersalaman dengan pegawai-pegawai APMM pada hari terakhir perkhidmatan beliau di Putrajaya pada Jumaat.

Mohd Zubil antara kumpulan penggerak yang menguruskan kemasukan pegawai TLDM ke dalam APMM yang baru mula beroperasi pada 2006.

Menerusi nota serah tugas yang berlangsung hari ini, Saiful akan menanggung tugas berkenaan sehingga Ketua Pengarah yang baharu dilantik.

Saiful, 49, adalah anak kelahiran Temerloh, Pahang.

Hadir sama menyaksikan majlis serah tugas adalah Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Laksamana Madya Maritim, Hamid Mohd Amin.