Siapa bakal Olahragawan, Olahragawati UiTM?

Aniq Kasdan antara calon Olahragawan UiTM ketika beraksi dalam acara angkat berat Kategori 55 kilogram di Sukan Komanwel Birmingham 2022 lalu.
Aniq Kasdan antara calon Olahragawan UiTM ketika beraksi dalam acara angkat berat Kategori 55 kilogram di Sukan Komanwel Birmingham 2022 lalu.
A
A
A

PUSAT Sukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan Majlis Anugerah Sukan UiTM di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada Sabtu ini.

Pegawai Sukan Kanan Pusat Sukan UiTM, Shahrin Ismail berkata, anugerah tahunan itu sebagai pengiktirafan kepada sumbangan dan komitmen atlet dan pegawai yang mengharumkan nama universiti di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.

“Pengiktirafan itu juga selaras hasrat universiti iaitu permekasaan penuntut dalam bidang sukan selain menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam bidang sukan.

“Majlis akan disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar yang mewakili Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi,” katanya.

Sebagai rekod, sebanyak 15 kategori anugerah bakal diberikan kepada atlet dan pegawai yang mempamerkan kecemerlangan dalam bidang sukan masing-masing sepanjang 2022 lalu.

Anugerah yang dipertandingkan adalah Anugerah Olahragawan, Olahragawati, Anugerah Hall of Fame, Anugerah Emas Universiti, Anugerah Perak Universiti, Anugerah Gangsa Universiti, Anugerah Khas Universiti, Anugerah Sijil Penghargaan, Pasukan Cemerlang, Pengurus Cemerlang, Jurulatih Cemerlang, Tokoh Sukan UiTM dan Tokoh Sukan Alumni, serta penghargaan khas staf.

Pihak jawatankuasa pemilihan dipengerusikan Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Profesor Dr Mohad Anizu Mohd Nor yang menerima sebanyak 219 pencalonan daripada berbagai kategori yang dipertandingkan.

Pada tahun ini seramai lapan calon olahragawan dan tujuh olahragawawati disenarai pendek bagi merangkul anugerah Olahragawan dan Olahrawagawati UiTM.

Calon olahragawan terdiri daripada Ahmad Zulhilmi Azizad (ragbi), Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat), Syed Afiq Fakhri Syed Ali (petanque), Zuhri Muhammad Zin (sepak takraw), Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili (bola sepak), Khairul Naim Zainal (kayak), Mohamad Syafiq Md Ariffin (memanah), dan Muhammad Ezuan Nasir Khan (menembak).

Sementara itu, olahragawati pula terdiri daripada, Nur Ain Nabilah Tarmizi (boling padang), Sharifah Aqilah Farhana Syed Ali (petanque), Nur Amisha Azrilrizal (muay thai), Puteri Munajjah Az-Zahraa Azhar (catur), Nur Syafiqah Zainal Abidin (futsal wanita), Aimi Ayuni Zwan (kayak) dan Juni Karimah Noor Jamali (perahu layar)