Sila log masuk terlebih dahulu.

[WACANA SINAR] Pemilihan UMNO: Strategi kembali berkuasa?

14 Mac 2023 | Wacana
A
A
A
[WACANA SINAR] Pemilihan UMNO: Strategi kembali berkuasa?

Pemilihan UMNO bagi penggal 2023/2026 membabitkan calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menyaksikan seramai 95 percalonan.

Beberapa nama besar sah mencalonkan diri pada pemilihan kali ini antaranya bertaraf menteri dan timbalan menteri.

Bagaimanapun sempena pemilihan kali ini, berlakukah proses pembersihan dalam UMNO dan MKT bagi merintis jalan untuk kekal relevan sebagai parti yang pernah berkuasa total dulu? Atau jika tidak tercetus pembersihan MKT, mungkinkah wujud kem pro presiden?

Sama ada UMNO dan barisan kepimpinan MKT sedia menerima perubahan. pembersihan atau tidak, rakyat dijangka boleh menilainya selepas pemilihan yang kali ini.

Dapatkah kita menilai hala tuju UMNO selepas pemilihan kali ini dalam merintis jalan kembali untuk UMNO berkuasa pada masa depan sekurang-kurangnya mampu menarik kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO bagi menghadapi PRU16.

Sama-sama kita ikuti perbincangan dan meraikan pandangan tiga calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO iaitu Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dan Datuk Fathul Bari Mat Jahya dalam Wacana bertajuk PEMILIHAN UMNO: STRATEGI KEMBALI BERKUASA pada 8.30 malam ini (Selasa).

#WacanaSinar

#SinarUntukMalaysia

#SinarHarian