Sila log masuk terlebih dahulu.

Barang kelengkapan sekolah anak hasil jual kuih musnah akibat banjir

A
A
A
BERITA SEMASA 14 MAC 2023 Seorang ibu tunggal tidak dapat menahan kesedihan apabila pakaian sekolah anaknya yang dibeli hasil jualan kuih musnah akibat banjir, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Azlina Azinal berusia 39 tahun itu berkata beliau mengumpul hasil jualan kuih sejak tiga bulan lalu untuk membeli pakaian sekolah anaknya iaitu Nur Syahirah Abdullah. Beliau mengakui bingung memikirkan perbelanjaan yang perlu ditanggung bagi membeli keperluan sekolah tiga orang anaknya selain barangan rumah yang rosak ditenggelami air. Artikel: https://bit.ly/407buUK#BeritaSemasa #SinarHarian