Lanjut operasi klinik: Isu bayaran pegawai perubatan dibincang

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Isu mengenai pegawai perubatan yang tidak dibayar berikutan pelanjutan waktu operasi klinik kesihatan telah dibincangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, perkara itu dalam perhatian pihaknya.
"Kita melihat dengan teliti dan memperhalusi aduan-aduan tersebut," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan penyakit berjangkit tropika di sini pada Selasa.
Sabtu lalu, tular tangkap layar mengenai dakwaan pegawai perubatan tidak dibayar bagi tempoh 30 minit selepas kementerian melanjutkan pengoperasian klinik kesihatan.