Kapas Marang Swimathon 2023

A
A
A
Orang ramai tidak melepaskan peluang melihat para peserta beraksi pada Program Kapas Marang Swimathon 2023 di Pantai Peranginan Kelulut hari ini.

Kapas-Marang Swimathon 2023 merupakan sukan renang anjuran Kelab Renang AMMJB Elite Swimmer yang diadakan pada jarak 6.5 km bermula dari Pulau Kapas merentasi ke Pantai Kelulut, Marang.

Acara tahun ini disertai kira-kira 500 peserta termasuk perenang tempatan dan luar negara seperti Austria, Jerman, Poland, Indonesia, Singapura, Scotland, Amerika Syarikat dan Kanada.