Arisprop jual produk sejuk beku berkualiti, harga mampu milik

Pengarah Urusan Arisprop Holdings Sdn Bhd, Datuk Haris Embong (kanan) menerima trofi Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) daripada Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli pada 23 Februari lalu.
Pengarah Urusan Arisprop Holdings Sdn Bhd, Datuk Haris Embong (kanan) menerima trofi Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) daripada Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli pada 23 Februari lalu.
A
A
A

Lumrah orang berniaga yang mahukan keuntungan semata-mata, namun tidak bagi syarikat pembekal makanan sejuk beku, Arisprop Holding Sdn Bhd.

Pengarah Urusannya, Datuk Haris Embong berkata, beliau mahu memastikan orang kurang berkemampuan dan golongan B40 mampu membeli produk sejuk beku yang bermutu dan berkualiti tinggi.

HARIS
HARIS

Menurutnya, syarikat Arisprop mengeluarkan pelbagai produk makanan sejuk beku dengan harga mampu milik agar ia boleh dinikmati oleh semua golongan.

“Antara produk yang dikeluarkan adalah burger ayam, daging, kambing, oblong dan yang paling istimewa adalah burger ayam kampung.

“Saya dulu orang susah, jadi apabila terfikir mahu ceburkan diri dalam perniagaan sejuk beku pada 2018, saya sasarkan produk mampu milik tetapi kualitinya setaraf dengan yang mahal.

“Pada awalnya saya berkecimpung dalam perolehan kerja-kerja landskap, kemudian sektor pembersihan dan pencucian bangunan.

Berdasarkan keuntungan, saya membeli tanah pertanian pada tahun 2015 serta membuka ladang ternakan ayam,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Produk sejuk beku keluaran Arisprop Holding Sdn Bhd bukan sahaja berkualiti malah dijual dengan harga murah.
Produk sejuk beku keluaran Arisprop Holding Sdn Bhd bukan sahaja berkualiti malah dijual dengan harga murah.

Tambah Haris, beliau memilih perniagaan makanan kerana produk itu mendapat permintaan yang tinggi dan berterusan dalam kalangan masyarakat.

“Seperti yang kita tahu, makanan sangat penting, apa-apa yang berlaku sekali pun orang tetap cari makanan. Lagipun, pengeluaran makanan sejuk beku di Malaysia tidak cukup di pasaran.

“Sebelum dipasarkan, kami memberi penekanan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta memastikan produk itu mendapat pensijilan halal dari badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Pernah ditipu

Ditanya mengenai cabaran yang dihadapi oleh Arisprop, Haris memberitahu, beliau pernah mengalami kerugian sebanyak RM450,000 akibat ditipu individu yang mengambil bahan mentah seperti ayam dan daging daripada syarikatnya.

“Saya sangat kecewa apabila mengetahui individu tersebut menipu dan tidak membuat apa-apa bayaran. Pada mulanya saya memang berputus asa kerana jumlah tersebut banyak, namun bangkit kembali.

“Tidak terhenti di situ, jualan syarikat terjejas teruk hingga merosot lebih 50 peratus sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika itu banyak syarikat terpaksa gulung tikar namun Arisprop masih dapat bertahan.

“Pandemik Covid-19 memang beri impak yang agak teruk terhadap ekonomi, namun alhamdulillah kami berjaya harunginya tanpa memotong gaji dan membuang pekerja,” ujarnya.

No Image Caption

Sementara itu, beliau turut berkongsi mengenai program Pembangunan Usahawan Gerai Aris Burger tanpa modal bagi membantu golongan muda dan B40 yang berminat untuk menceburi dalam perniagaan.

Kata Haris, biasanya untuk mulakan perniagaan gerai burger mereka memerlukan RM7,500 hingga 10,000 sebagai modal perniagaan.

No Image Caption

“Kita tahu ramai yang mahu berniaga namun mempunyai kekangan dari segi modal. Jadi dengan adanya program ini, ia dapat membuka jalan kepada mereka yang berminat.

“Jangan risau tentang pengendalian kerana pihak kami akan memberi bimbingan dan latihan. Bagaimanapun, setiap penyertaan perlulah menetapi terma dan syarat yang ditetapkan, mereka yang berminat boleh hubungi Arisprop di talian 012 6263610,” ujarnya.

PROFIL

Nama: Datuk Haris Embong

Umur: 46 Tahun

Jawatan: Pengarah Urusan

Syarikat: Arisprop Holdings Sdn Bhd

Perkhidmatan: Agromakanan

Pendidikan: Master Pengurusan Sains Tanah

Hubungi kami:

- Facebook: Arisprop Holdings Sdn Bhd, Haris Embong

- Instagram: arisprop, aris.burger