Lebih 40,000 pembantu perubatan diperlukan menjelang 2025

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Negara memerlukan seramai 44,804 penolong pegawai perubatan (PPP) menjelang 2025 dengan mengambil kira jangkaan 36 juta penduduk Malaysia pada tahun tersebut, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.

Berucap merasmikan Hari Pembantu Perubatan ke-12 2023 peringkat kebangsaan di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini, beliau berkata, bilangan PPP dalam negara ketika ini adalah seramai 23,329 orang dengan nisbah 1:1,400 berbanding populasi penduduk.

"Kekurangan PPP menyebabkan peningkatan beban kerja, PPP sedia ada bekerja lebih masa dan secara tidak langsung ia boleh menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan," katanya.

Lukanisman berkata perbincangan antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan sentiasa diadakan untuk memastikan isu perjawatan tetap dapat diselesaikan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.