PDRM, Rela siap sedia kawal di mahkamah

Anggota polis bersiap sedia di pekarangan
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Anggota polis bersiap sedia di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seawal pagi sudah bersedia bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Selain memastikan suasana terkawal, anggota keselamatan negara itu berusaha memastikan laluan ke lokasi bangunan kehakiman tersebut berjalan lancar.

Selain anggota polis, petugas daripada Jabatan Sularelawan Malaysia (Rela) turut bersiap sedia di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini.

Semua langkah keselamatan itu digerakkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan memastikan suasana terkawal apabila Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa di mahkamah pagi ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu akan menghadapi tujuh pertuduhan berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan dana parti.