Johor umum cuti ganti pada 26 Mac

Kenyataan berhubung cuti ganti hari kelepasan am Johor pada 26 Mac ini.
Kenyataan berhubung cuti ganti hari kelepasan am Johor pada 26 Mac ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Johor mengisytiharkan 26 Mac bersamaan Ahad sebagai hari kelepasan am.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Azmi Rohani berkata, hari kelepasan am tersebut diberikan sekiranya awal Ramadan jatuh pada tarikh 23 Mac yang merupakan Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Adalah dimaklumkan bahawa pada 23 Mac atau Khamis merupakan hari kelepasan am bagi negeri Johor sempena Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Sekiranya awal Ramadan yang juga hari kelepasan am bagi Johor, jatuh pada tarikh yang sama, kerajaan negeri telah bersetuju mengisytiharkan tarikh 26 Mac 2023 (Ahad) sebagai hari kelepasan am.

"Ia selaras dengan dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.